Memang sukar nak capai 40 pingat emas

Memang sukar nak capai 40 pingat emas

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui sukar untuk Kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas yang telah ditetapkan pada Sukan SEA  2023 yang bakal melabuhkan tirai di Phnom Penh, Rabu depan.

“Saya akui memang agak susah untuk kita capai sasaran 40 pingat emas, tapi saya dapat berasakan kutipan pingat itu mungkin menghampiri jumlah tersebut sama macam situasi dekat Hanoi dulu.

“Saya berharap baki hari yang tinggal ini mereka mampu untuk bekerja lebih keras bagi memastikan kita dapat menambah lagi kutipan emas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke-78 di sini hari ini.

Walaupun, Kontinjen Malaysia mungkin gagal mencapai sasaran, beliau menegaskan, apa yang menjadi keutamaan kepada negara kini ialah pendedahan yang diterima oleh atlet-atlet muda pada temasya dwi tahunan itu.

Menurutnya, lebih 60 peratus atlet yang diterbangkan ke Kemboja berusia bawah 23 tahun dan mereka dihantar ke sana dengan tujuan untuk menimba pengalaman.

“Apa yang penting kita sudah capai objektif iaitu memperkenalkan atlet muda sama ada kita berani atau tidak.

“Malah terdapat beberapa laporan berita yang memuji tindakan Malaysia yang menyenaraikan atlet muda pada Sukan SEA.

“Jadi jangan sedih atau gundah gulana kerana kita perlu lihat perkara ini dari sudut yang lebih besar,” ujarnya.
Mengulas pula mengenai pencapaian sukan olahraga dan renang, beliau melahirkan kekecewaannya terhadap prestasi perenang negara.

“Untuk olahraga bagi saya ada peningkatan berbanding di Hanoi, tetapi bagi sukan renang, pihak persatuan perlu jawab mengapa persembahan mereka hambar,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya