Malaysian Tigress terkulai dijinak Vietnam 0-3

Malayan Tigress terkulai dijinak Vietnam 0-3

Pemain negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli cuba mengekang asakan pemain Vietnam dalam aksi perlawanan Kumpulan Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Old, Phnom Penh. (Foto: AMIR KHALID/UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Ada peningkatan ditunjukkan skuad bola sepak wanita negara, namun masih banyak yang perlu dipelajari mereka jika mahu mencabar pasukan utama selepas tumpas 0-3 kepada juara tujuh kali, Vietnam dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Perlawanan di Stadium Army, di sini berlangsung ‘berat sebelah’ dengan pemain negara terpaksa berkampung di kawasan sendiri selepas diasak bertali arus sebaik sahaja babak pertama bermula.

Vietnam, pasukan yang bertaraf lebih tinggi daripada Malaysia dan akan beraksi pada Piala Dunia Wanita 2023 membuka jaringan menerusi Hai Yen Pham seawal minit keempat apabila percubaan luar kotak penalti terkena tiang sebelum menerjah jaring.

Thi Bich Thuy Nguyen menggandakan jaringan untuk juara bertahan selesa berkedudukan 2-0 pada minit ke-23. Belum sempat anak buah Soleen Al-Zou’bi mengatur semula rentak, Vietnam terus menggegar jaring.

Nhu Huynh menyumbat gol di minit ke-34 menewaskan penjaga gawang, Ezza Ashikin yang tertewas buat kali ketiga pada babak pertama.

Meskipun tewas, skuad kendalian Soleen Al-Zoubi masih boleh berbangga apabila tidak dengan jumlah jaringan yang banyak memandangkan lawan memiliki reputasi yang lebih gah.

Skuad negara akan berdepan satu lagi pasukan yang bakal berentap dalam Piala Dunia di Australia dan New Zealand bermula Julai ini, Filipina dalam perlawanan kedua pada Sabtu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya