Malaysia sudah hantar ‘spy' sebelum tiba di Kemboja

Malaysia sudah hantar ‘spy’ sebelum tiba di Kemboja

PASUKAN negara yakin mampu memberikan persembahan terbaik apabila berdepan Laos dalam aksi pembukaan Sukan SEA malam ini biarpun hanya tiba di Phnom Penh semalam. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pengendali skuad bola sepak bawah 22 tahun negara (B-22), E. Elavarasan tidak bimbang biarpun hanya tiba di Phnom Penh 24 jam sebelum aksi pembukaan Sukan SEA 2023 menentang Laos di Stadium Visakha malam ini.

Biarpun enggan mengulas lanjut mengenai ‘pengintip’ yang dihantar ke Kemboja lebih awal, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan menghantar dua pegawai pada 27 April lalu untuk memantau perkemba­ngan semasa dan menonton beberapa aksi yang sudah pun bermula sejak 29 April.

Bagi Elavarasan, ke­ada­an di Kemboja tidak jauh beza dengan Malaysia dari segi cuaca dan faktor sekeliling, tambahan mereka bakal ­beraksi pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), situasi sama seperti Liga Super.

“Pemain perlu segera menyesuaikan diri, cuaca di sini (Kemboja) juga sama dengan Malaysia, bukannya kita ke negara sejuk.

“Kalau bercerita me­ngenai persiapan kami, memang saya akui sa­ngat singkat, hanya tiga hari tetapi kami telah menghimpunkan pemain terbaik yang dimiliki negara ketika ini.

“Saya pasti pemain juga ingin beri yang terbaik ke­rana kami telah mempamer keputusan yang bagus dalam beberapa kejohanan bawah 23 sebelum ini,” jelas Elavarasan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja semalam.

PASUKAN negara ketika berlepas ke Phnom Penh semalam.

Bagi ketua pasukan, Mukhairi Ajmal yang bakal me­lakukan penampilan kedua di temasya sukan dwitahunan ini, dia meletakkan harapan tinggi skuad negara meraih kemenangan pertama ke­rana ia bakal menentukan hala tuju mereka.

Kali terakhir Malaysia meng­genggam pingat emas bola sepak lelaki padaSukan SEA adalah ketika edisi 2011 di Palembang di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

“Perlawanan pertama pada mana-mana kejohanan penting dan tiada keputusan lain yang kita buru selain tiga mata.

“Laos sudah beraksi lebih awal minggu lalu (tewas kepada Vietnam 0-2) dan pastinya menjadi kelebihan buat kita melakukan sedikit kerja rumah meneliti taktikal pasukan lawan.

“Dalam masa sama, saya harap pemain tidak mengambil mudah dan kita perlu bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan keputusan positif berjaya dilakar,” kata pemain ber­usia 22 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya