Malaysia sedia "langgar" Piala Asia 2023 - Utusan Malaysia

Malaysia sedia “langgar” Piala Asia 2023

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) ketika ditemui dalam majlis makan malam bersama petugas media di Sukan SEA Kemboja 2023, Phnom Penh hari ini. (Foto: Amir Khalid/UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia sedia tempuhi siapa jua lawan menjelang undian Kejohanan Piala Asia Qatar 2023 yang akan diadakan pada 11 Mei depan di Doha.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan tiada apa yang perlu digentarkan oleh barisan pemain negara memandangkan pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada persiapan Harimau Malaya menjelang saingan itu yang akan berlangsung pada 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Ketika ini, Malaysia ditempatkan dalam balang keempat bersama-sama India, Tajikistan, Thailand, Hong Kong dan Indonesia.

Justeru terdapat kemungkinan besar Malaysia akan menentang dengan pasukan jaguhan Asia yang beraksi di Piala Dunia seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, Arab Saudi serta tuan rumah, Qatar yang berada di balang pertama.

Di balang kedua pula menempatkan pasukan seperti Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Uzbekistan, China dan Jordan.

Sementara itu, pasukan Asia Barat banyak mendominasi balang ketiga antaranya Bahrain, Syria, Palestin, Lubnan, Krygystan serta jaguh Asia Tenggara, Vietnam.

“Bagi undian Piala Asia 2023, secara peribadi saya tidak kisah (dengan keputusan) dan kita tunggu sahaja apabila majlis undian dilakukan pada 11 Mei nanti.

“Apa yang penting kita siapkan pasukan. Malaysia berada di balang 4 dan mungkin akan bertemu pasukan seperti Jepun atau Uzbekistan.

“Jadi, kita perlu melakukan persedian penuh untuk melawan negara-negara seperti ini. Namun, Pan-gon dan barisan teknikal teknikal hanya boleh merancang dengan lebih dekat selepas undian dilangsungkan,” jelas Hamidin ketika mengadakan jamuan makan malam bersama delegasi media yang bertugas di Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya berjaya layak secara merit ke kejohanan bola sepak paling berprestij Asia itu buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun.

Malaysia telah beraksi di pentas Piala Asia sebanyak tiga kali dalam sejarah penganjuran dengan kali terakhir dilakukan pada edisi 2007 dengan status tuan rumah bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya