Nur Aisyah Mohammad Zubi

Malaysia raih perak, gangsa berbasikal

NUR Amirull Fakhruddin Mazuki (tengah) meraikan kejayaan memenangi pingat perak kriterium lebuh raya lelaki Sukan SEA 2023 bersama rakan sepasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad lebuh raya Malaysia bermula langkah kanan apabila menggondol dua pingat, perak dan gangsa dalam kriterium lelaki serta wanita pada Sukan SEA 2023 di Siam Reap, Kemboja hari ini.

Acara kriterium lelaki yang bermula di depan Angkor Wat pada seawal pukul 10 pagi tadi menyaksikan pelumba profesional negara, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki kempunan kilauan emas selepas kalah separuh tayar.

Tonggak kelab benua Terengganu Cycling Team (TSG) itu merakam masa 1 jam 13 minit 38 saat untuk merangkul pingat perak, manakala Terry Yudha Kusuma dari Indonesia juga mencatat masa serupa, menuai kilauan emas.

Pelumba Filipina, Ronald Oranza melengkapkan podium kemenangan acara pembuka disiplin lebuhraya Sukan Sea 2023 dengan mengondol pingat gangsa selepas tercicir satu di belakang Terry Yudha dan Nur Amirull Fakhruddin.

Pelumba cilik kelahiran Terengganu itu mengaku sudah mencuba sedaya upaya namun nasib tidak menyebelahi Malaysia.

“Saya bersama Akmal Hakim (Zakaria) sudah mencongak strategi menjelang ke garisan penamat. Bagaimanapun, pelumba Indonesia lebih bertuah kerana hanya di depan separuh tayar sahaja,” katanya.

NUR Aisyah Mohammad Zubir (dua, kiri) menghadiahkan pingat gangsa dalam kriterium wanita.

Tuaian pingat berterusan untuk kem negara apabila pelumba wanita, Nur Aisyah Mohammad Zubir berjaya merangkul kilauan gangsa dengan catatan masa 55 minit 19 saat sekaligus mempertahankan kedudukan yang dimenanginya di Sukan Sea 2021 di Vietnam tahun lalu.

Harapan Thailand, Jutatip Maneephan yang turut merakam masa sama menang pingat emas, manakala bintang Pro Tour Vietnam, Thi That Nguyen sekadar menuai kilauan perak.

Jurulatih skuad lebuhraya, Sayuti Mohd. Zahit percaya, Nur Amirull sebenarnya berpeluang membawa pulang pingat, emas namun mengaku pelumba Indonesia memiliki sedikit kekuatan memecut.

“Apapun saya berterima kasih kepada semua pelumba negara pada hari ini (semalam). Mereka telah berjuang berhabis-habisan. Mereka turun dengan hakikat Malaysia tidak meraih sebarang pingat menerusi acara kriterium di Vietnam tahun lalu.

“Jadi saya bersama seorang lagi pengurus dan jurulatih, Mohamed Saiful (Anuar Aziz) mencatur strategi bagaimana untuk meraih sebutir pingat. Saya percaya pingat perak ini akan membawa semangat skuad lebuh raya untuk mengekalkan emas yang dimenangi di Vietnam,” katanya.

Pengurus pasukan, Norazman Datuk Abu Samah mengakui lega dengan pencapaian pingat perak dan gangsa yang dimenangi menerusi acara kriterium lelaki serta wanita.

“Untuk acara esok, saya serahkan kepada kedua-dua jurulatih untuk mencatur strategi. Namun saya percaya skuad lebuhraya berpengalaman luas untuk kekalkan pingat emas yang dimenangi di Vietnam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya