Malaysia, Korea berentap di separuh akhir Piala Sudirman

Malaysia, Korea berentap di separuh akhir Piala Sudirman

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memenuhi sasaran awal pada Piala Sudirman apabila mara ke separuh akhir selepas menewaskan Denmark 3-1 di Shuzou, China sebentar tadi.

Ini kali ketiga Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton berpasukan dunia itu selepas 2009 dan 2021.

Pasukan negara kini bakal berdepan juara empat kali dan pilihan kedua, Korea Selatan pada separuh akhir yang berlangsung pukul 10 pagi esok.

Korea mara selepas menyingkirkan Taiwan 3-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dengan status pasangan ketiga negara memberi permulaan positif apabila membenam gandingan Mathias Christiansen-Alexandra Boje, 15-21, 21-14, 21-7.

Biarpun tewas set pertama, Tang Jie-Ee Wei tidak berputus asa dan berjuang habis-habisan  memenangi perlawanan itu, di samping meneruskan momentum cemerlang mereka dua hari lalu dalam Kumpulan C, menundukkan pasangan No. 1 Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

“Saya rasa sangat bangga dapat beri mata pertama kepada Malaysia, pembukaan yang bagus, harap pasukan kita dapat berjuang lebih lagi selepas ini. Saya rasa kami berdua ada sifat tolong menolong, sebab tadi Tang Jie pun kakinya ada sakit, jadi dia nasihat saya untuk sokong dia,” kata Ee Wei.

“Masa itu memang saya ada rasa sakit, rasa stretch tapi masa itu saya tak fikir banyak, misi saya hari ini mahu main untuk Malaysia. Saya tak kisah sakit ke apa, saya nak buktikan Malaysia boleh,” kata Tang Jie.

Dalam perseorangan lelaki, Lee Zii Jia diberi kemenangan mudah oleh pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen yang menarik diri akibat kecederaan kaki pada kedudukan 4-4.

Peluang itu membolehkan Malaysia mendahului 2-0.

Beralih ke perseorangan wanita, Goh Jin Wei memberi tentangan sengit ketika berdepan pemain No. 25 dunia, Mia Blichfeldt sebelum 14-21, 21-15, 19-21.

Biarpun kalah, tahap kecergasan yang dimiliki juara remaja dunia dua kali itu berhasil menarik perlawanan sehingga ke set penentuan malah turut menggerunkan lawannya yang berusia 25 tahun.

GOH JIN WEI

Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Kim Astrup-Anders Rasmussen 21-17, 21-16.

Satu lagi separuh akhir bakal menemukan juara bertahan, China dan Jepun.

China, pemilik 16 kejuaraan menyingkirkan Indonesia 3-0 dalam suku akhir hari ini.

Jepun pula dipaksa berhempas pulas untuk menumpaskan Thailand 3-2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya