Malaysia ke suku akhir Piala Sudirman

Malaysia ke suku akhir Piala Sudirman

LEE Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam Piala Sudirman 2023, menerusi kemenangan bergaya 5-0 ke atas India sebentar tadi dalam perlawanan Kumpulan C yang berlangsung di Suzhou, China.

Perlawanan yang dimulakan dengan acara beregu campuran menyaksikan Malaysia diwakili gandingan No. 8 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie berjaya menundukkan Dhruv Kapila-Ashwini Ponnappa dalam saingan straight set, 21-16, 21-17.

Bersambung ke perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah menumbangkan wakil kedua India, Srikanth Kidambi, 21-16, 21-11 sebelum pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei pula terpaksa bermandi peluh menghasilkan kemenangan ketiga Malaysia dalam aksi tiga set, 14-21, 21-10, 22-20.

GOH Jin Wei melakar kejutan ke atas Pusarla V Sindhu.

Ini adalah kemenangan pertama Jin Wei ke atas Pusarla V Sindhu yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, selepas dia pernah ditewaskan empat kali oleh wakil India itu sebelum ini, sekali gus melakar kejutan terbesar.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudian membuktikan reputasi mereka sukar dicabar sebagai penyandang juara dunia, meskipun berdepan saingan sengit ketika menundukkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam perlawanan straight set, 21-18, 21-19.

Malaysia menutup perlawanan hari kedua dengan menyapu bersih kelima-lima perlawanan, menerusi gandingan terakhir, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang meraih keputusan 21-15, 21-13 ke atas Treesa Jolly-Gayatri Pulella.

Selepas ini, Malaysia akan berdepan cabaran ketiga dalam peringkat kumpulan dengan bertemu Chinese Taipei pada Rabu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya