Malaysia ke Kemboja bukan untuk jadi ‘lauk’

Malaysia ke Kemboja bukan untuk jadi ‘lauk’

PASUKAN Malaysia akan memberi tentangan terbaik kepada tiga gergasi bola sepak Asia Tenggara, Vietnam, Filipina dan Myanmar yang akan ditentang dalam Kumpulan A, Sukan SEA 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Melihat rekod Malayan Tigress yang sering mangsa belasahan pada Sukan SEA, peminat bola sepak wanita negara mempunyai keraguan terhadap kemampuan mereka untuk pulang tanpa ‘dimalukan’.

Diletakkan dalam Kumpulan A bersama dua pasukan Piala Dunia, Filipina dan Vietnam, selain Myanmar meresahkan lagi peminat bola sepak tanah air.

Kapten Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur bagaimanapun percaya, biarpun Filipina dan Vietnam kekal sebagai pilihan, namun dia menjangkakan keputusan Malaysia tidak akan seburuk dulu.

Kehadiran Ketua Jurulatih dari Jordan, Soleen Al-Zoubi telah membawa perubahan positif, terutama daripada segi taktikal.

Tegasnya, sentuhan latihan lebih moden yang diterapkan Soleen memberi keyakinan buat Malayan Tigress untuk menentang juara bertahan, Vietnam dalam aksi pembukaan esok.

“Kem latihan kali ini sedikit berbeza jika mengikut taktikal sebab kita ada jurulatih Soleen.

“Kita harap dapat pergunakan taktikal baharu untuk membuat penampilan seperti apa yang dirancang menentang Vietnam,” katanya yang berlepas ke Phnom Penh, Kemboja semalam.

Steffi berkata, meskipun Malayan Tigress menampilkan ramai muka baharu, namun ia adalah gabungan yang baik, melihat kepada keserasian sepanjang sebulan kem latihan diadakan.

“Kita akan menentang pasukan Piala Dunia, Filipina dan Vietnam. Mereka membuat persiapan awal dan sangat bagus tapi yang penting kita turun dan beri 100 peratus terbaik,” katanya.

Sementara itu, Soleen tidak mahu Malaysia dibandingkan dengan Vietnam dan Filipina kerana perbezaan mereka amat ketara.

Begitupun beliau mahu pemain berjuang tanpa gentar dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman.

“Pasukan Wanita Filipina dan Vietnam bukan seperti pa­sukan lelaki. Tidak adil untuk diban­dingkan kerana mereka ibarat Jepun dan Australia buat skuad lelaki dan mereka akan beraksi di Piala Dunia 2023 di Australia dan New Zealand,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya