Malaysia kalahkan Indonesia, Virandeep cipta rekod

Malaysia kalahkan Indonesia, Virandeep cipta rekod

Virandeep Singh cemerlang ketika membantu Malaysia mengalahkan Indonesia menerusi 90 larian. - IHSAN MCA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Virandeep Singh melakar rekod sebagai pemain kriket pertama negara mencatat lebih 100 larian dalam format T20 antarabangsa ketika membantu Malaysia menewaskan Indonesia pada Sukan SEA 2023 hari ini.

Pada aksi pembukaan Kumpulan A hari ini, Virandeep mencatatkan 116 larian untuk membantu pasukan negara membuka kempen temasya dwitahunan itu dengan cemerlang menewaskan Indonesia dengan 94 larian.

Beliau mengakui tidak menjangkakan mampu melepasi lebih 100 larian dalam acara yang berlangsung di AZ Group Kriket Oval itu.

“Tahun ini saya hampir beberapa kali mencapai 100 larian iaitu mencatat 96 larian ketika menentang Bahrain dan 94 larian ketika menentang Oman.

“Saya sentiasa mahu menyumbang untuk Malaysia. Permulaan yang cemerlang untuk Malaysia dan saya di Kemboja ini. Saya harap mampu mencatat lebih daripada 100 larian pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya