Malaysia akhirnya menang pingat bot tradisional selepas 30 tahun

Malaysia akhirnya menang pingat bot tradisional selepas 30 tahun

MALAYSIA meraih sejarah memenangi pingat perak dalam bot tradisional250 meter 12 kru lelaki di bandar Kampot, Kemboja. - IHSAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia menamatkan penantian 30 tahun untuk merangkul pingat dalam sukan lumba bot tradisional apabila memenangi perak dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka yang berlangsung di bandar Kampot, sebentar tadi.

Gabungan mantap hasil daripada pemenang pingat Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur tahun lalu ternyata membuahkan hasil apabila mereka memenangi perak dengan masa 2 minit 09.54 saat (s).

Pingat emas menjadi milik juara bertahan, Thailand (2:03.76) manakala Kemboja pula membawa pulang gangsa (2:10:12).

Sementara itu, aksi cemerlang turut ditampilkan wakil Malaysia dalam acara 250m tiga kru (U24) wanita apabila mereka turut membawa pulang gangsa untuk negara.

Malaysia mengakhiri saingan di tempat ketiga menerusi catatan masa 4 minit 26.02s manakala emas milik Vietnam (2:49.56s) dan perak pula dimenangi peserta tuan rumah (2:49.63s)

SKUAD wanita meraih gangsa 250m tiga kru. – IHSAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

Presiden Kanu Malaysia, Michael Wong berkata, kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada temasya Sukan SEA 1993 di Singapura apabila membawa pulang gangsa dalam sukan bot tradisional.

“Kejayaan ini adalah kesinambungan daripada atlit di SUKMA lepas yang terdiri daripada atlet Johor dan Wilayah Persekutuan digabungkan selepas temasya itu.

“Tindakan terbabit ternyata berhasil apabila wakil negara mampu bersaing dengan juara dunia seperti Indonesia dan Thailand,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya