Lari berhalangan raih pingat pertama Malaysia di Sukan SEA 2023

Lari berhalangan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023

Atlet lari berhalangan negara, Yoong Wei Theng berjaya sumbang pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) berhalangan dalam aksi yang berlangsung di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh sebentar tadi. (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi Yoong Wei Theng dalam acara larian berhalangan 100 meter(m) individu yang berlangsung di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh sebentar tadi.

Wei Theng yang berjaya mara ke penentuan pingat gangsa ketika pusingan kalah mati Rabu lalu dengan catatan 26.549 saat(s) berdepan dengan wakil tuan rumah, Ol Saoheang.

Kesilapan Saoheng yang terjatuh ketika awal larian memberi kelebihan buat Wei Theng untuk meninggalkan jauh lawannya itu, sekaligus menamatkan saingan dengan catatan 28.234s untuk membawa pulang pingat gangsa pertama buat kem Malaysia di temasya sukan dwitahunan ini.

Terdahulu, dalam penentuan pingat gangsa acara wanita, Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli berdepan dengan wakil Indonesia Anggun Yolanda Samsul Hadi.

Anggun berjaya memintas Athirah pada saat akhir perlumbaan untuk merakamkan masa 39.598s, sementara Athirah pula menamatkan saingan dengan catatan 41.724s.

Bagaimanapun perubahan saat akhir oleh pihak penganjur menyaksikan Athirah dan Anggun berkongsi pingat gangsa, sementara pingat emas dimenangi oleh Precious Satarain Cabuya dari Filipina yang menewaskan rakan senegaranya, Kaizen Cipriano Dela Serna dalam aksi final.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya