Kuartet 4x400 meter negara tamatkan penantian 10 tahun

Kuartet 4×400 meter negara tamatkan penantian 10 tahun

Kuartet negara yang dibarisi (dari kiri) S.Tharshan, Umar Osman, Firdaus Zemi serta Wafiey Roslan berjaya menamatkan penantian untuk mengenggam pingat di Sukan SEAm Kemboja 2023 apabila meraih pingat gangsa dalam acara pecut 4x400 meter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Barisan pelari pecut negara terus mencipta sensasi di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila terbaru menamatkan penantian selama 10 tahun untuk menggengam pingat dalam acara 4×400 meter (m) apabila meraih gangsa dalam perlumbaan akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.

Kuartet negara dibarisi Muhammad Firdaus Zemi, Abdul Wafiey Roslan, S.Tharshan serta pemegang rekod kebangsaan yang baru, Umar Osman berjaya melakar catatan 3 minit 8.820 saat (s) untuk mengakhiri saingan di tangga ketiga.

Emas milik Filipina apabila melakar masa 3 minit 7.220 s, sementara pingat perak diraih kuartet Thailand.

Ia kejayaan yang membanggakan untuk kuartet negara apabila kali terakhir Malaysia memperoleh pingat dalam acara ini adalah ketika edisi di Myanmar pada tahun 2013.

“Sebenarnya saya tidak kisah apa jua warna pingat yang kami bawa pulang, janji saya hendak tolong rakan-rakan saya untuk dapat masuk dalam program.

“Saya percaya kami mempunyai potensi yang besar, kerana kami baru sahaja berlatih bersama hanya sebulan, bukan setahun, sebaba kalu kita lihat acara 4×400 meter memamg susah untuk sumbangkan pingat.

“Ini merupakan satu petanda aras yang baik, kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab di pentas Sukan SEA,” jelas Umar.

Bagaimanapun impian untuk melihat kuartet 4×400 wanita negara mengikut jejak skuad lelaki tidak kesampaian apabila mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir.

Biarpun hanya empat negara sahaja yang mengesahkan penyertaan, Malaysia tampak biarpun pelari terakhir yang juga pemenang pingat emas, Shereen Samson Vallabouy cuba untuk menyelamatkan maruah negara dengan merapatkan jurang dengan pencabar yang lain.

Larian kencang Shereen masih belum cukup untuk menghadiahkan pingat buat negara dalam acara ini dengan skuad negara akur melakar masa 3 minit 39.89 s.

Emas milik Vietnam, sementara perak menjadi milik Filipina, manakala Thailand meraih pingat gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya