Kriket di landasan rangkul pingat emas berganda

Kriket di landasan rangkul pingat emas berganda

MALAYSIA di landasan memburu kejuaraan berganda dalam saingan kriket apabila skuad mara ke final Twenty20 dan 50-over. - IHSAN MCA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Hanya sehari selepas melayakkan diri ke saingan akhir 50-over, skuad kriket lelaki negara  di landasan untuk memburu satu lagi emas dalam acara Twenty20 (T20) pada Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mara ke final hari ini.

Dalam aksi di AZ Group Cricket Oval, pasukan negara mengatasi Thailand dengan lapan wiket, sekali gus menjuarai Kumpulan A dan mara ke penentuan  emas menentang juara Kumpulan B, minggu depan.

Malaysia yang menang undian secara lambungan syiling, memilih untuk memadang dan melakukan 114 larian dalam 12.3 over, manakala lawan mereka menghasilkan 113 larian dalam 20 over.

Menurut ketua pasukan, Ahmad Faiz Mohamad Noor gembira dia gembira dengan prestasi Malaysia, terutama Vijay Unni Suresh, Virandeep Singh dan Syed Aziz Syed Mubarak biarpunberdepan kesukaran bermain di permukaan padang tidak rata.

“Alhamdulillah satu keputusan positif hari ini, saya sangat gembira dengan prestasi dilakar pemain seperti Vijay Unni dan Virandeep yang masing-masing berjaya peroleh dua wiket, manakala Syed Aziz pula berjaya (lakukan) 55 larian selain dua ‘run-outs’ sepanjang permainan,” katanya yang dipetik Bernama.

Pasukan kebangsaan merangkul perak dalam acara T20 lelaki ketika kali terakhir kriket dipertandingkan di temasya dwitahunan itu pada edisi Kuala Lumpur 2017.

Semalam, Malaysia, yang juga juara bertahan 50-over, akan bertemu Kemboja untuk perebutan emas, selepas menewaskan Thailand dengan tujuh wiket pada pusingan awal.

Sabtu lalu, pasukan tuan rumah menundukkan Indonesia dengan 129 larian sekali gus menempah tiket ke akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya