‘Kita mampu miliki juara dunia’

‘Kita mampu miliki juara dunia’

PASUKAN taekwondo Malaysia cemerlang menggondol dua pingat emas dan dua perak dalam saingan poomsae Sukan SEA 2023 di Phnom Penh kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Dari pentas Sukan SEA, Malaysia mampu memiliki juara dunia dan itulah yang sedang diusahakan oleh kem taekwondo negara ketika ini, tegas jurulatih kebangsaan, Jin Jun Beom.

Kejayaan merangkul dua pingat emas dalam saingan poomsae dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja kelmarin mening­katkan keyakinan Jun Beom misi itu berada di landasan terbaik untuk dipenuhi.

Katanya, sejak kebelakangan negara juga sudah mampu me­ngatasi pesaing terkuat mereka, termasuk yang terbaik dari Korea Selatan.

Tahun lalu, Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo menarik perhatian apabila memenangi perak beregu campuran bawah 30 pada Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia.

Kelmarin, Nur Humaira Abdul Karim meraih emas poomsae individu wanita Sukan SEA, manakala gandingan Nurul Hidayah-Jason Loo menjuarai poomsae berpasangan campuran.

Nurul Hidayah, Nur Humaira serta Lim Jia Wei turut menggondol perak berpasukan wa­nita, dan pendatang baharu Chin Ken Haw mendapat tempat ke­dua individu lelaki.

NUR Humaira Abdul Karim meraikan kejayaan memenangi pingat emas poomsae individu wanita Sukan SEA 2023. – MINGGUAN/AMIR KHALID

“Kita sudah bersaing dalam Kejuaraan Taekwondo Asean di Filipina pada Mac lalu dan masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan dengan kem latihan di Korea Selatan.

“Kita menjalani latihan dan berentap dengan juara dunia dari Korea Selatan sebelum ke Sukan SEA,” kata Jun Beom.

“Kita memenangi dua pingat emas di sini tetapi saya rasa kita boleh memenangi lebih banyak pingat. Apapun, ini pencapaian yang baik kerana kita bukanlah penganjur.

“Pada temasya 2017 di Kuala Lumpur, kita memenangi dua pingat emas daripada poomsae dan ini satu pencapaian yang memberangsangkan.

“Atlet kita boleh menjadi bertambah baik dan boleh pergi ke tahap yang lebih tinggi. Saya yakin kita boleh melahirkan juara dunia yang mampu menewaskan atlet taekwondo dari Korea Selatan.

“Atlet kita perlukan lebih banyak pendedahan di peringkat lebih tinggi secara konsis­ten,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya