Khemdee tiada niat ‘buang’ pingat Sukan SEA

Khemdee tiada niat ‘buang’ pingat Sukan SEA

JONATHAN Khemdee dilayangkan kad merah ketika Thailand tumpas kepada Indonesia, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pertahanan Thailand, Jonathan Khemdee mempertahankan tindakan melempar pingat dan patung maskot Sukan SEA 2023 selepas pasukannya kalah kepada Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki, Selasa lalu.

Dalam video yang tular di media sosial, Khemdee terlihat menolak untuk dikalungkan pingat perak sebelum dengan angkuh mengambil sendiri patung maskot dari dulang.

Pemain berusia 21 tahun itu kemudian melempar pingat dan patung ke arah penyokong Thailand yang berada di Stadium Olimpik Phnom Penh.

Sikap angkuh tersebut menyebabkan Khemdee dikutuk di laman sosial, dan pemain berdarah Denmark-Thailand itu dianggap tidak menghormati tuan rumah, Kemboja, terutama di pingat Sukan SEA 2023 tertera gambar Angkor Wat.

Dalam Instagram miliknya, Khemdee menjelaskan alasan dia melempar pingat dan patung tersebut.

“Saya memberi pingat perak kepada penyokong sebagai tanda terima kasih kerana datang memberi sokongan dalam temasya terakhir saya.

“Saya tiada niat untuk tidak menghormati pertandingan ini dan pingat yang dimenangi. Terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya,” katanya.

Khemdee antara tiga anggota skuad bawah 22 tahun (B-22) Thailand yang dilayangkan kad merah dalam aksi tegang yang menyaksikan Indonesia menang 5-2.

Pemain Ratchaburi itu mendapat kad kuning kedua kerana menendang muka Ilham Rio Fahmi, dan perlawanan terhenti seketika selepas pemain serta pegawai kedua-dua pasukan bergaduh.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan, namun Indonesia meraih tiga gol pada waktu tambahan untuk merangkul emas bola sepak pertama dalam tempoh 32 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya