Kemenangan Zii Jia selamatkan suasana suram di Axiata Arena

Kemenangan Zii Jia selamatkan suasana suram di Axiata Arena

LEE Zii Jia berjaya meraih gelaran sulung musim ini selepas muncul juara di Terbuka Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menyelamatkan suasana suram di Axiata Arena apabila seorang demi seorang wakil Malaysia tumbang, hari ini, dengan kemenangan bergaya ke atas Lu Guang Zu dari China pada pusingan pertama Malaysia Masters 2023 di sini, sebentar tadi.

Jaguh No. 10 dunia itu menundukkan pencabarnya yang menghuni ranking ke-12 dunia menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-19.

Zii Jia ketika ditemui pemberita berkata, permulaan yang mudah buatnya dalam set pertama, tetapi, apabila permainan masuk set kedua Guang Zu cuba bangkit.

“Semasa set kedua, saya lihat dia sudah dapat baca saya punya permainan.

“Dia cuba ubah strategi, tetapi, nasib baik perancangan saya menjadi,” katanya.

Zii Jia juga mengakui persembahannya pada Piala Sudirman banyak membantu dia bermain baik, hari ini.

Namun, jelas pemain berusia 25 tahun itu, Guang Zu juga tidak memberi laluan mudah kepadanya dan jaguh China tersebut memiliki pertahanan yang bagus.

“Jujur saya katakan, semasa ketinggalan dalam set kedua, saya sudah mula fikir set ketiga.

“Tetapi peluang tiba-tiba datang dan saya manfaatkannya dengan baik,” tambah Zii Jia.

Pemain Taiwan, Lin Chun-Yi menanti anak kelahiran Kedah itu pada peringkat 16 terbaik, esok.

Dalam satu lagi aksi melibatkan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong gagal menyaingi permainan pantas pemain No. 13 dunia, Kenta Nishimoto apabila tewas 21-17, 16-21, 13-21.

Tze Yong yang kali pertama bertemu Nishimoto mengakui, dia berdepan masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan corak permainan laju yang diterapkan pemain Jepun itu.

“Saya sukar untuk kutip mata kerana dia jarang sekali melakukan kesilapan dan saya pula mengalami masalah meneruskan rentak kemenangan dalam set kedua dan ketiga,” ujarnya yang akan beraksi pada Terbuka Thailand, minggu depan.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain China, Lu Guang Zhu pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, impian penyokong untuk menyaksikan pertembungan dua wakil negara pada pusingan kedua tidak kesampaian apabila gandingan profesional Malaysia, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong tunduk ditangan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 23-21, 14-21, 16-21.

Sebaliknya pasangan No. 29 dunia, Dunn-Hall yang akan beraksi menentang beregu muda Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya