Karate mahu bawa pulang tiga emas di Phnom Penh

Karate mahu bawa pulang tiga emas di Phnom Penh

NUR AZMI Ahmad (lima, kanan) menerima replika cek RM1 juta daripada Pengarah Urusan Kumpulan The Roof Realty Sdn. Bhd., Datuk Nicholas Yap (empat, kiri) sambil disaksikan Mohd. Ali Mohd. Rustam (lima, kiri) di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Karate berharap untuk menyumbangkan tiga daripada 40 pingat emas yang di­sasarkan Malaysia pada Sukan SEA Kemboja yang membuka tirai esok.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sasaran disandarkan dalam acara berkumpulan, satu kategori wanita serta kumite berpasukan lelaki.

Katanya, fokus Makaf pada sukan terbesar Asia Tenggara itu adalah untuk pembangunan atlet pelapis, namun dalam masa sama mereka tetap mahukan emas.

“Sasaran kita tiga emas. Kita menghantar 21 atlet yang akan menyertai acara berpasukan lelaki, wanita dan individu.

“Kejohanan kali ini kita fokus kepada pembangunan dengan penyertaan 60 pe­ratus atlet muda, manakala 40 peratus lagi diisi atlet senior,” katanya pada ­majlis penyerahan tajaan Kejohanan Karate ­Senior Ke-19 dan Karate Para Asian Kedua 2023 di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Pada temasya di Hanoi tahun lalu, karate pulang bersama empat pingat emas dan enam gangsa.

Sementara itu, mengenai Kejohanan Karate Asia pada 19 hingga 22 Julai depan di Melaka, Nur Azmi berkata, pertandingan tersebut menjadi medan terbaik kepada atlet negara mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya Sukan Asia Ke-19 di Hangzhou, China yang bermula 23 September depan.

Katanya, sebanyak 45 buah negara telah mengesahkan penyertaan dengan penglibatan lebih 1,500 atlet.

“Pasukan yang menyertai kejohanan ini akan turut bertanding pada Sukan Asia. Setakat ini Malaysia menghantar 15 atlet untuk bertanding mengikut kategori masing-masing.

“Cuma untuk Para sahaja belum dapat disahkan berapa penyertaan. Kita boleh sahkan 45 negara akan hadir untuk kumite,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya