Kalahkan Singapura demi maruah – Elavarasan

Kalahkan Singapura demi maruah – Elavarasan

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir di padang Tep Paranorm High school, Phnom Penh semalam dalam persiapan menghadapi Singapura hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HNOM PENH: Pengendali skuad bawah 22 (B-22) negara, E. Elavarasan mengakui pening selepas kehilangan beberapa tonggak menjelang aksi menebus maruah menentang Singapura pada saingan kumpulan B  Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.

Skuad muda Harimau Malaya sudah sah tersingkir daripada temasya berprestij Asia Tenggara itu susulan hanya mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Kini, barisan pemain dilihat terdesak untuk memulihkan maruah mereka yang tercalar sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok dengan meraih kemenangan moral ke atas seteru, Singapura pada aksi ‘derbi seberang Tambak’ nanti.

Kata Elavarasan, dua pemain sudah pasti diketepikan seperti Muhammad Safwan Mazlan dan Najmudin Akmal Kamal Akmal yang digantung perlawanan ekoran layangan kad merah ketika tewas 1-2 kepada Vietnam, Isnin lepas.

Selain itu, penjaga gol utama negara, Sikh Izhan Nazrel juga masih dalam situasi 50-50 selepas mengalami kecederaan rahang pada perlawanan di Stadium Prince itu.

“Kita perlu memberikan tumpuan penuh pada aksi terakhir menentang Singapura walaupun pasukan sudah pun tersingkir. Kita kehilangan beberapa pemain penting tetapi saya harap pasukan dapat tamatkan cabaran dengan konsisten,” katanya.

Sementara itu, penolong pengendali skuad Harimau Malaya kepada Kim Pan-gon itu juga percaya jurang DNA pasukan senior dengan junior tidak terlalu ketara walaupun sasaran tidak dapat dicapai pada temasya kali ini.

“Secara jujur, saya jarang tengok Sukan SEA tetapi kali ini saya telah diberi peluang untuk membawa pasukan. Saya rasa DNA skuad senior mungkin akan dicapai oleh pemain kita jika diberi ruang dan masa tidak lama lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya