Kalah semua perlawanan, Malayan Tigress pulang awal

Kalah semua perlawanan, Malayan Tigress pulang awal

AKSI skuad wanita negara ketika menentang Myanmar dalam saingan Kumpulan A, Sukan SEA 2023 di Stadium Army, Phnom Penh hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad bola sepak wanita negara mengikut jejak pasukan lelaki apabila gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Sukan SEA 2023 selepas dibelasah 5-1 oleh Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Army, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan anak-anak buah Al-Zoubi menutup kempen tanpa sebarang mata selepas kalah 0-3 kepada Vietnam dan 0-1 di tangan Filipina dalam dua perlawanan terdahulu.

Begitupun penyerang negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli memastikan Malayan Tigress akhirnya ‘memecah telur’ dengan meldak satu-satunya jaringan Malaysia di Phnom Penh.

Turun dengan mengharapkan keajaiban untuk meneruskan cabaran, gawang Malaysia dibolosi seawal minit ketiga menerusi July Kyaw.

Khin Marlar Tun menambah dua jaringan pada minit ke-26 dan 39 untuk Myanmar menutup babak pertama dengan mendahului selesa 3-0.

Memasuki separuh masa kedua, Intan Sarah Anisah atau lebih dikenali sebagai Intan Seah merapatkan kedudukan 3-1 pada minit ke-58.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit apabila Myanmar menambah gol keempat menerusi San Thaw Thaw sebelum pemain itu mengesahkan kemenangan bergaya pasukannya dengan meledak gol kelima ketika perlawanan berbaki lapan minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya