Kalah aksi pembukaan, bola tampar enggan 'melatah'

Kalah aksi pembukaan, bola tampar enggan ‘melatah’

AKSI pemain Malaysia ketika menentang Thailand pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kapten skuad bola tampar negara, Sim Jian Qian menyeru rakan sepasukannya agar tidak mudah patah semangat untuk mengharungi perlawanan menentang Myanmar bagi aksi kedua Kumpulan B, Sukan SEA 2023 esok.

Malaysia bermula langkah kiri dalam perlawanan pembukaan hari ini apabila tewas 20-25, 17-25, 20-25 kepada juara lapan kali, Thailand di Stadium Tertutup Olimpik, Phnom Penh.

Jian Qin mengakui kekalahan itu menjejaskan moral pasukannya, namun berazam untuk menewaskan Myanmar bagi menghidupkan kembali peluang mereka untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Perlawanan menentang Myanmar juga bakal menjadi misi serampang dua mata untuk menebus maruah kerana ketika edisi lalu di Vietnam, Malaysia tumpas 0-3 kepada Myanmar di peringkat kumpulan, dan menamatkan saingan tanpa sebarang mata.

“Ini adalah perlawanan pertama dan saya harap rakan sepasukan tidak terlalu kecewa memandangkan Thailand  salah satu pasukan terkuat dan pilihan setiap kali temasya Sukan SEA dilangsungkan.

 

“Mengenai saingan yang berlangsung, saya anggap sikap gemuruh rakan sepasukan dalam menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang sedikit sebanyak menjejaskan fokus untuk melakar kejutan.

“Kita tidak beraksi dengan baik pada set pertama tetapi berusaha untuk bangkit pada set ketiga. Saya ingat kita boleh menang pada set terakhir tetapi rezeki tidak memihak kali ini.

“Namun tidak mengapa, kita masih ada lagi dua perlawanan yang perlu ditempuh dan harap keputusan menentang Myanmar esok (hari ini) berakhir dengan positif untuk menaikkan moral pasukan,” jelas Jian Qin.

Sejak ia dipertandingkan pada edisi 1977 Kuala Lumpur, skuad negara masih belum berupaya untuk memenangi pingat emas dengan percubaan terbaik pernah diraih adalah ketika edisi 1983 di Singapura apabila membawa pulang pingat gangsa,” jelas Qian Jin yang pernah berkelana bersama kelab Jakarta Garuda di Liga Profesional Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya