Jurulatih Indonesia terima permohonan maaf Thailand

Jurulatih Indonesia terima permohonan maaf Thailand

PERGADUHAN membayangi pasukan Indonesia dan Thailand yang beraksi dalam final bola sepak Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia, Indra Sjafri menerima permohonan maaf rasmi daripada pegawai pasukan Thailand ekoran tindakan mereka memukul pengurus Garuda Muda, Sumardji dalam final bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 yang berlangsung tegang semalam.

Pegawai skuad Thailand itu mendekati Sumardji dan Indra Sjafri ketika bertemu di ruang makan di Hotel Phnom Penh, Kemboja hari ini sambil menangis memeluk Sumardji.

“Disebabkan kejadian semalam, pegawai Thailand datang meraikan (gol) di bangku simpanan kami. Tadi dia datang kepada Encik Sumardji, kebetulan saya ada di sana, dan dia meminta maaf sehingga menangis.

“Ya, kami katakan itu bola sepak. Kami hanya berjuang di atas padang, tetapi di luar itu kami perlu memaafkan antara satu sama lain,” kata jurulatih berusia 60 tahun itu dipetik CNNIndonesia.com.

Indonesia’s Komang Teguh Trisnanda (4) and Thailand’s Soponwit Rakyart (R) react as a fight breaks out on the sidelines of the men’s football final match between Thailand and Indonesia during the 32nd Southeast Asian Games (SEA Games) in Phnom Penh on May 16, 2023. (Photo by Nhac NGUYEN / AFP)

Indra Sjafri berkata, pasukan kebangsaan Thailand menyedari kesilapan mereka terutama meraikan jaringan di hadapan bangku simpanan Indonesia, namun bekas jurulatih Bali United tersebut juga enggan memanjangkan masalah itu.

“Mereka sedar kesilapan mereka. Oleh itu dia datang sendiri memohon maaf dan meminta perkara ini tidak dipersoalkan pada masa akan datang. Kami juga tidak mahu menjadikannya isu.

“Ini adalah inisiatif mereka, kerana mereka mahu check out hari ini, dan dia datang lebih awal semasa sarapan pagi.

“Apa konfliknya. Kami juga di sini tidak mempunyai keinginan seperti kejadian semalam, tetapi ketegangan dan situasi yang menjadikan perlawanan dinamik membuatkan mereka buat begini,” kata Indra.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung tegang, dua pegawai Thailand dan tiga pemain mereka menerima kad merah sejurus selepas tumpas kepada Indonesia.

Indonesia menamatkan penantian 32 tahun apabila menumpaskan juara 16 kali, Thailand 5-2 dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki yang berlanjutan ke masa tambahan.

Ini adalah pingat emas ketiga Indonesia dalam bola sepak lelaki pada Sukan SEA selepas memenanginya pada 1987 dan 1991. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya