Jangan takut untuk reset, buat rombakan

Jangan takut untuk reset, buat rombakan

KONTINJEN silat Malaysia membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan empat gangsa dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan sukan dinasihatkan agar tidak takut untuk menekan butang ‘reset’ dan melakukan rombakan untuk melihat hasil yang lebih baik seperti yang berlaku dalam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Keberanian Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang berani membuat rombakan besar-besaran dan mengetengahkan atlet muda dalam Sukan SEA Kemboja lalu membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang empat emas.

Menurut Megat Zulkarnain, Pesaka mengambil langkah berani dengan menekan butang ‘reset’ kerana tidak mahu meletakkan kebergantungan secara berterusan kepada atlet senior pada temasya dwitahun tersebut.

“Hasilnya Pesaka berjaya melepasi sasaran dua emas biarpun hampir 70 peratus pesilat negara muka baharu yang bertanding di temasya dwitahunan itu.

“Saya akui, saya telah mengambil satu risiko besar dan keputusan yang saya buat ini tidak popular serta menerima kritikan. Meskipun kritikan itu bukan secara berdepan tetapi saya dengar cakap-cakap belakang terutama daripada warga silat sendiri.

“Saya dengar mereka berkata keputusan yang saya buat tidak tepat dan tindakan  merombak pasukan mahupun kejurulatihan akan memakan diri . Tetapi saya nekad, jika kita tak buat sesuatu maka kita tidak dapat keputusan terbaik.

MUHAMMMAD Danial Azray Noorazizan dan Muhammmad Danial Azrol apabila berjaya melakar sejarah meraih emas dalam acara silat seni ganda lelaki Sukan SEA Kemboja

“Daripada kita menghantar mereka (atlet senior) yang bertaraf dunia, jaguh dunia, juara sukan Asia tetapi kalah di pentas Sukan SEA. Ia perkara yang tidak boleh diterima peminat sukan dalam tanah air.

 “Saya pernah menjadi CDM (Ketua Kontinjen Negara), saya tahu nilai pingat emas Sukan SEA kepada rakyat Malaysia dan ia cukup tinggi. Sebab itu bila saya fikir Sukan SEA hanya beberapa bulan daripada kejohanan dunia.

“Saya mesti berani buat keputusan supaya keputusan di Hanoi tidak berulang. Di Hanoi kita hanya bawa pulang dua emas sahaja. Jadi saya mesti berani lakukan sesuatu,” katanya ketika ditemui di Majlis Mesra Aidilfitri anjuran beliau di Gombak semalam.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain turut menaruh harapan agar persatuan-persatuan sukan lain tidak takut untuk mengambil risiko dan berani mengetengahkan atlet muda yang berpotensi.

“Jadi ini mungkin pendapat dan pandangan saya, kepada kawan-kawan di luar sana jangan kita risau, kita hanya lakukan yang terbaik. Jika keputusan itu tidak memberangsangkan kita ada asas untuk menyatakan mereka (atlet) masih baharu,” ujarnya. 

Kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata model sukan di negara sudah lapuk dan perlukan perubahan serta idea baharu untuk meningkatkan kembali imej sukan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya