Jangan salahkan Menteri KBS - Hamidin - Utusan Malaysia

Jangan salahkan Menteri KBS – Hamidin

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Hamidin Mohd Amin (Foto: Majlis Olimpik Malaysia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Hamidin Mohd Amin tampil mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan menjelaskan kegagalan di Sukan SEA Kemboja 2023 tidak harus diletakkan sepenuhnya di atas bahu menteri itu.

Bagi Hamidin, Hannah sudah menjalankan tugasnya dengan baik biarpun diberi tempoh yang amat singkat sejak dilantik pada 2 Disember tahun lalu.

Hannah dan kementeriannya dikritik susulan Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 1995 Chiangmai,Thailand apabila hanya mampu membawa pulang keseluruhan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa.

“Beliau (Hannah) buat tugas yang baik sehingga hari ini, kita tidak boleh menyalahkannya, beliau baru enam bulan (jadi menteri). Beliau setiap hari jumpa dengan presiden persatuan sukan kebangsaan.

“Di sini MSN perlu bertanggungjawab juga kerana mereka antara yang berkolaborasi dengan persatuan. Kami akan lihat kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang Sukan SEA 2025 dan terutama Sukan SEA 2027 kerana kebanyakan dana datang dari MSN,” jelas Hamidin ketika ditemui media pada majlis menandantangani perjanjian penajaan antara Milo dan MOM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Ng Su Yen, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols dan Hamdin.

Hamidin (kanan) ketika majlis menandantangani perjanjian penajaan antara Milo dan MOM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, hari ini. (Foto: Majlis Olimpik Malaysia)

Perjanjian tersebut melibatkan bantuan penajaan buat badan induk itu sehingga 2028 dengan dana akan disalurkan bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran bekas jaguh sukan dan atlet elit kebangsaan iaitu atlet wanit negara pertama beraksi di Sukan Olimpik Annie Choong (olahraga), Tan Sri Dr M. Jegathesan (olahraga), Datuk Soh Chin Aun (bola sepak), Nurul Huda Abdullah (renang), Datuk Rashid Sidek (badminton), Ng Shu Wai (gimnastik artistik) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya