Jangan pandang Taiwan 'sebelah mata'

Jangan pandang Taiwan ‘sebelah mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mempertaruhkan barisan hampir sama dalam dua aksi pertama, Malaysia yang sudah mengesahkan tiket suku akhir badminton Piala Sudirman berpeluang ­me­nguji pemain lain apabila bertemu Taiwan pada perlawanan terakhir Kumpulan C di Shuzou, China hari ini.

Malaysia menurunkan Lee Zii Jia sebagai perseorangan lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (beregu campuran) dan Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) ketika membenam Australia serta India 5-0.

Perubahan dilakukan dalam perseorangan wa­nita apabila K. Letshanaa turun bertemu Australia dan Goh Jin Wei menggalas tugas menentang India, di mana dia mengejutkan bekas juara dunia, P.V Sindhu.

SELEPAS mengejutkan bekas juara dunia, P.V Sindhu, Goh Jin Wei dijangka memperkuatkan cabaran Malaysia berdepan Taiwan hari ini.

Malaysia perlu berhati-hati jika mahu melakukan pertukaran kerana Taiwan juga mara ke suku akhir dengan mengalahkan India 4-1, diikuti ­Australia 5-0.

“Kami belum memutuskan (pemain bertemu Taiwan), mesyuarat akan dilakukan apakah mungkin ada perubahan,” kata Pengarah Kejurulatihan ­Beregu Kebangsaan, Rexy ­Mainaky.

Zii Jia bakal berdepan tugas getir jika Taiwan mempertaruhkan Chou Tien Chen.

Pemain No. 5 dunia itu memegang rekod pertemuan 5-2 ke atas perseorangan negara.

“Saya akan mengekalkan momentum dan fokus untuk menang perlawanan seterusnya (menentang Taiwan). Sebelum ini, saya ada menang ada kalah, namun kali ini sema­ngat dalam pasukan sangat kuat dan ia sangat membantu,” kata Zii Jia.

GOH Soon Huat-Shevon Jemie Lai memenangi dua aksi di Suzhou, China.

Dalam perlawanan menentang India kelmarin, Soon Huat-Shevon ­menyumbang mata pertama negara dengan menewaskan Dhruv Kapila-Ashwini Ponappa 21-16, 21-17 sebelum Zii Jia mengalahkan K. Srikanth 21-16, 21-11.

Jin Wei paling mencuri tum­puan apabila menewaskan ­Sindhu 14-21, 21-10, 22-20 dalam perlawanan ketiga.

“Sekarang (selepas perlawanan) baru boleh rileks kerana mata sangat dekat (menentang Sindhu), jadi satu saat pun tidak boleh tenang main.

“Saya memang mahu menang untuk pasukan, memang mereka (India) dijangka memenangi perseorangan wanita tetapi siapa yang diturunkan kena ambil tanggungjawab untuk hadiahkan mata,” kata Jin Wei.

Melengkapkan kemena­ngan bergaya Malaysia ialah juara dunia, Aaron-Wooi Yik yang mengalahkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-19, manakala Pearly-Thinaah menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-15, 21-13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya