PHNOM PENH: Muhammad Irfan Shamsuddin membuktikan dia adalah raja lempar cakera Asia Tenggara apabila mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali keenam berturut-turut di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 27 tahun itu melakukan lemparan sejauh 57.83 meter (m), jauh meninggalkan pencabar lain untuk memastikan emas yang kali pertama dimenangi pada usia 18 tahun di Naypyidaw 2013 kekal dalam genggaman.
Selepas menang 10 tahun lalu, Irfan tidak langsung memperlahankan langkahnya apabila turut memenangi emas di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017), Manila (2019), Vietnam (2022) dan terbaru di Kemboja.
Irfan yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m mengetepikan dua pencabar rapat dari Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) dan Bandit Singhatongkul. – UTUSAN ONLINE