Indonesia tawar kerakyatan buat Dharma

Indonesia tawar kerakyatan buat Dharma

Bekas pengendali hoki negara, Dharma Raj Abdullah (kanan) kini ditawarkan menjadi rakyat Indonesia setelah membantu negara itu meraih pingat emas hoki dalam dewan di Sukan SEA Kemboja 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia mungkin akan kehilangan selamanya khidmat bekas jurulatih negara, Dharma Raj Abdullah setelah dia kini ditawarkan kewarganegaraan republik itu bagi membangunkan sukan hoki di Indonesia.

Bagaimanapun Dharma menjelaskan dia masih lagi perlu berfikir dengan teliti mengenai tawaran berkenaan memandangkan dia perlu melepaskan statusnya sebagai rakyat Malaysia.

“Melepaskan kerakyatan Malaysia adalah salah satu yang harus difikirkan sebaik-baiknya, kalau saya memilih menjadi warganegara Indonesia saya perlu lepaskan taraf kerakyatan Malaysia.

“Sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada keluarga, tetapi isteri dan anak saya tak nak jadi (warganegara Indonesia), mereka ingin kekal tinggal di Malaysia, tetapi Malaysia ke Indonesia hanya dua jam menaiki pesawat,” jelas Dharma.

Dharma yang telah berkhidmat sebagai pengarah teknikal Persatuan Hoki Indonesia (FHI) sejak 2021 telah berjaya mengubah landskap sukan ini di negara itu dalam tempoh yang amat singkat.

Terbaru, pasukan kendaliannya telah berjaya melakar kebangkitan untuk menundukkan barisan pemain negara ketika perlawanan akhir hoki dalam dewan di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan memenangi pukulan penalti shotout, 2-1.

“Pasukan hoki wilayah Jawa Barat merupakan pasukan pertama saya di sana (Indonesia) dan skuad dalam dewan lelaki dan wanita kami menang emas kejohanan seumpama Sukan Malaysia. Sekarang, pasukan kebangsaan Indonesia dibarisi separuh pemain daripada wilayah itu.

“Saya bukan mahu meninggi diri tetapi rasa hormat yang diberikan keluarga hoki Indonesia kepada saya seperti raja, orang tidak mencari masalah dengan saya di sana,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN