Indonesia mampu gugat misi hoki sapu dua emas

Indonesia mampu gugat misi hoki sapu dua emas

PEMAIN negara meraikan jaringan kemenangan ketika menentang Indonesia pada perlawanan round robin Sukan SEA 2023 di Dinasour Hall Park, Phnom Penh semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Biarpun menang 3-2 ke atas Indonesia dalam aksi terakhir pusingan awal semalam, namun Malaysia tetap waspada berdepan pasukan itu sekali lagi pada penentuan pingat emas Sukan SEA 2023 hari ini kerana menyedari lawan memiliki ‘senjata’ milik negara iaitu jurulatih mereka, Dharma Raj Abdullah.

Dalam aksi terakhir semalam, Malaysia ketinggalan dua kali sebelum Syed Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut pe­nalti tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk kemenangan.

“Memang kita dah jangkakan mereka (Indonesia) akan memberikan tentangan sengit kepada kita, kerana mereka sudah membuat persediaan rapi.

“Kita tahu bahawa kita masih akan menentang mereka esok (hari ini) di final, jadi tiada guna mengerahkan kudrat sepenuh­nya pada hari ini (semalam), fokus kami adalah mengurangkan kesilapan,” kata Syafiq sudah meledak keseluruhan tujuh gol di Kemboja. 

AKSI Malaysia ketika menentang Indonesia dalam perlawanan terakhir round-robin semalam.

Biarpun Malaysia mempunyai reputasi sebagai juara Piala Asia tahun lalu, namun ia bukanlah tiket untuk mereka mendabik dada memandangkan skuad negara pernah diikat seri 2-2 menentang Indonesia dalam peringkat kumpulan.

Ditambah Indonesia menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun ini sejak bekas pengendali negara, Dharma Raj menyertai mereka sebagai pengarah teknikal.

“Memang kita waspada taktikal Dharma, jadi kita akan cuba perbaiki satu demi satu corak permainan kita,” kata jurulatih negara, Mohd. Hanip Che Lim.

Skuad hoki dalam dewan berpeluang menggandakan pingat emas apabila pasukan wanita turut melangkah ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Indonesia 4-2 dalam aksi terakhir round-robin.

Malaysia akan bertemu Thailand hari ini untuk merenut pingat emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya