Indonesia bayar tinggi untuk datangkan Lionel Messi?

Indonesia bayar tinggi untuk datangkan Lionel Messi?

LIONEL Messi (kiri) mengetuai kejayaan Argentina merangkul Piala Dunia di Qatar, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia yang bakal menentang juara Piala Dunia, Argentina dalam perlawanan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2023, Jun ini perlu membayar harga mahal bagi membawa Lionel Messi.

Argentina yang dibarisi bintang terkenal seperti Messi, Angel Di Maria dan Lautaro Martinez, pas­ti mempunyai harga tinggi.

“Mereka pasukan besar. Ini cuma baya­ngan, melihat kepada pasaran Asia, semua pemain bernilai lebih AS$3 juta (RM13.36 juta),” kata Andhika Suksmana, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pemasaran bola sepak Indonesia, The Footballicious yang dipetik kepada CNN Indonesia.

Isu bayaran untuk membawa masuk skuad bimbingan Lionel Scaloni itu turut dibangkitkan CEO Ninesports, Arif Putra Wicaksono, yang merupakan penggerak utama bola sepak di Indonesia.

“Saya lihat, harga dia (Messi) beberapa tahun lalu sekitar AS$5 juta (RM22.18 juta), ketika itu mereka belum muncul juara dunia (2022). Sekarang pasti ada perubahan,” katanya.

Katanya, ketika Ninesports mengetuai bidaan Indonesia untuk membawa Argentina ke negara itu, kehadiran Messi antara syarat wajib.

“Bermakna Messi mesti hadir atau mereka (Argentina) akan dikenakan penalti,” katanya.

Selain Indonesia, Argentina dijangka ke China dalam aksi persahabatan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya