Hoe Yan pacu kuartet negara perbaharui rekod kebangsaan

Hoe Yan pacu kuartet 4×100 meter perbaharui rekod kebangsaan

Kuartet renang negara diketuai Khiew Hoe Yan (dua dari kanan) berjaya meraih pingat perak acara 4x100 meter gaya bebas di Sukan SEA Kemboja dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Atlet renang negara, Khiew Hoe Yan meneruskan momentumnya di Sukan SEA Kemboja 2023, apabila terbaru bersama skuad renang Malaysia memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter (m) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.

Hoe Yang bergandingan bersama Arvin Shaun, Lim Yin Chuen dan Terrence Ng mencatat masa 3 minit 20.61 saat (s), untuk memadamkan rekod lama 3 minit 21.06s yang dilakar Keith Lim Kit Sern, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze ketika Sukan Asia 2018.

Lebih manis, mereka mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga untuk membawa pulang pingat Perak.

Pingat emas milik kuartet Singapura yang melakukan catatan 3 minit 17.35s manakala gangsa diraih skuad Vietnam dengan catatan masa 3 minit 21.09s.

Kuartet renang negara meraikan kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter gaya bebas di Sukan SEA Kemboja 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya