PHNOM PENH: Badminton Malaysia gagal mencapai sasaran satu emas dalam Sukan SEA 2023 selepas wakil tunggalnya pada perlawanan akhir, Yap Roy King-Cheng Su Yin akur dengan kehebatan pasangan No. 10 dunia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dari Indonesia pada aksi beregu wanita hari ini.
Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila Roy King dan Su Yin mempamerkan aksi meyakinkan untuk memenangi set pertama dengan keputusan 22-20.
Bagaimanapun kehilangan fokus di set kedua menyaksikan mereka mudah diatasi Rehan dan Lisa apabila pasangan Indonesia itu berjaya mengheret perlawanan ke set rubber dengan keputusan 8-21.
Indonesia semakin selesa di set ketiga, dan akhirnya menoktahkan kejayaan untuk mengecewakan kem Malaysia dengan keputusan. 21-16
Secara keseluruhan, kem Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat perak dan empat pingat gangsa daripada edisi Sukan SEA kali ini. – UTUSAN ONLINE