Hannah yakin sepak takraw mampu kembali menyerlah

Hannah yakin sepak takraw mampu kembali menyerlah

HANNAH Yeoh (belakang, tiga kiri) dan Mohd. Sumali Redua (belakang, tengah) bersama sebahagian pemain dalam pelancaran Liga Sepaktakraw 2023 dan pengenalan jersi di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melahirkan keyakinan terhadap kemampuan sukan sepak takraw untuk kembali menyerlah dan tidak mustahil Malaysia berupaya menggondol lapan emas pada temasya seperti Sukan SEA kelak.

Beliau berkata, sebagai atlet, amat penting untuk para pemain sepak takraw berfikiran positif dan sentiasa bersedia memperbaiki prestasi demi mengejar impian emas tersebut.

“Mana tahu, dalam Sukan SEA akan datang sepak takraw bakal bawa pulang lapan pingat emas, kita perlu berfikiran positif kerana dalam sukan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah.

“Kalau kita menerima kekalahan, sedia terima kritikan dan tambah baik prestasi, saya percaya kita mampu berjaya, tetapi dalam masa sama penambahbaikkan infrastruktur dan fasiliti perlulah berjalan seiring,” katanya.

Beliau berucap demikian sewaktu Majlis Pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dekat sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan dan Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John.

HANNAH Yeoh (dua, kanan) dan Mohd. Sumali Reduan (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran STL 2023. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, dalam sidang akhbar pula Hannah turut melahirkan keyakinan menerusi penganjuran STL lebih ramai pemain berbakat mampu dilahirkan dan pada ketika ini pun, rata-rata pemain yang berada di dalam skuad kebangsaan dibentuk daripada liga tersebut.

Justeru beliau percaya melalui STL, sepak takraw akan lebih diminati rakyat di peringkat akar umbi.

“STL ini sangat penting kerana selepas cabaran covid-19, anak-anak muda lebih berminat dengan gajet, tetapi dengan adanya STL yang menjadi poular bukan sahaja di televisyen, saya percaya sukan ini dapat menarik minat golongan itu untuk bersukan di padang,” ujarnya.

Hannah juga secara terbuka mendedahkan kementeriannya terpaksa berdepan bajet yang terhad setelah hanya menerima RM1 billion untuk memajukan sukan di negara ini.

“Kekangan saya adalah dana, bila dana saya sendiri tak mencukupi, hanya RM1 bilion untuk kita majukan sukan dan 60 peratus daripada peruntukan itu adalah untuk pentadbiran.

“Bayangkan untuk pembangunan sukan, RM400 juta memang tak cukup, jadi kita bergantung sangat kepada penaja dan media untuk membantu naikkan minat penonton,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya