PHNOM PENH: Atlet baling tukul besi, Grace Wong berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, yang juga pingat ketujuh kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan ini.
Lebih manis, ini merupakan pingat emas ketiganya di pentas Sukan SEA selepas berjaya melakukan balingan terbaik, 61.87 meter (m), sekaligus memecahkan rekod kejohanan yang dimilikinya sebelum ini iaitu 59.24 meter yang dilakar ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Rakan sepasukan, Nur Hidayah Lukman turut membawa pulang pingat gangsa apabila membuat balingan sejauh 49.61 m mmanakala pingat perak milik wakil dari Thailand Mingkamon Koomphon (57.62m).