Gosip Alonso, Taylor Switf gamatkan Grand Prix Azerbaijan

Gosip Alonso, Taylor Swift gamatkan Grand Prix Azerbaijan

FERNANDO Alonso (kiri) kini dikatakan bercinta dengan Taylor Taylor Swift.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengulas Sky Sports F1, David Croft dan Karun Chandhok tidak mampu menahan diri dari­pada menyebut nama Taylor Swift  berulang kali sepanjang kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Azerbaijan kelmarin.

Ia berlaku di tengah-tengah spekulasi penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS) itu kini bercinta dengan juara dunia dua kali, Fernando Alonso.
Swift, 33, dikatakan telah berpisah dengan pasangannya, Joe Alwyn, manakala hubungan Alonso dan Andrea Schlager sudah berakhir.

Alonso, 41, meningkatkan lagi khabar angin itu dengan membuat catatan nakal di TikTok sambil menjadikan lagu Swift, Karma ­sebagai muzik latar belakang.

Dia kemudian mengelak soalan mengenai Swift di Azerbaijan dengan memberitahu Sky Sports: “Saya hanya memberi tumpuan kepada Baku dan perlumbaan”.

Pemandu Aston Martin itu kemudian memberitahu media Sepanyol, ­Marca: “Saya biasanya memisahkan kehidupan peribadi dan profesional. Saya lebih suka tidak mengulas mengenainya.”

Bagaimanapun, dengan spe­kulasi terus berkisar me­ngenai hubungan Alonso dan Swift, pengulas Sky Sports tidak dapat menahan daripada mengaitkan bintang pop itu sepanjang sesi kelayakan.

Ketika mengulas, Croft memuji pemanduan pantas Alonso dan secara bergurau berkata, pemandu Sepanyol itu memandu ‘kereta percutian’ lagu dari ­album Swift pada 2017, Repu­tation.

Chandhok kemudian menambah: “Sekurang-kurangnya dia boleh berkata ‘jangan salahkan saya, ini isu kereta”, merujuk kepada lagu Don’t Blame Me.

Croft juga memetik beberapa lagu popular Swift seperti Style dan Would’ve, Could’ve, Should’ve setiap kali bercakap tentang Alonso.

Alonso menamatkan sesi kelayakan di tempat keenam, dan pemandu Ferrari, Charles Leclerc mengatasi juara bertahan, Max Verstappen untuk menduduki petak pertama.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya