Giliran Bangladesh dibelasah Malaysia 5-1 - Utusan Malaysia

Giliran Bangladesh dibelasah Malaysia 5-1

Skuad hoki remaja negara membelasah Bangladesh 5-1 dalam aksi kedua peringkat Kumpulan B di Kejohanan Piala Remaja Asia di Salalah, Oman hari ini. (Foto: Persekutuan Hoki Asia)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OMAN: Skuad hoki remaja negara meneruskan rentak kemenangan di Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia apabila menumpaskan Bangladesh dengan keputusan sebentar tadi.

Malaysia yang masih segar dengan kemenangan besar 8-1 ke atas Uzbekistan tempohari bermula garang apabila mula mencipta jaringan seawal minit kelapan menerusi gol padang yang dihasilkan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini.

Shahmie Irfan Suhaimi menggandakan jaringan pada minit ke 13 selepas menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti.

Aksi di suku kedua pula menyaksikan Muhammad Syamim Naim Abd Hamid meletakkan skuad negara semakin selesa di hadapan apabila pukulan sudut penaltinya menerjah gawang pada minit ke 15.

Bangladesh yang dibimbing Rashed Mamun kembali merapatkan jurang apabila memperoleh gol pertama mereka pada minit ke 37 apabila menampan bola selepas berlaku kekalutan di hadapan gawang Malaysia.

Barisan anak buah Amin Abdul Rahim memperkemaskan kembali strategi mereka, dan akhirnya Shahmie sekali lagi memainkan peranan penting apabila meledak gol keempat, yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini, sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti.

Shahmie terus mencipta sensasi apabila meldak hatriknya seminit sebelum tamat perlawanan untuk memberikan kemenangan mutlak 5-1 ke atas Bangladesh.

Malaysia bakal berdepan lawan seterusnya, Korea Selatan pada Sabtu untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Kumpulan B.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya