Gangsa hidupkan semula karier Hafiz Jantan

Gangsa hidupkan semula karier Hafiz Jantan

KHAIRUL Hafiz Jantan (dua, kanan) bersama Jonathan Nyepa (kanan), Haiqal Hanafi (dua, kiri) dan Muhammad Zulfiqar Ismail yang meraih gangsa 4x100m Sukan SEA 2023 di Phnom Penh kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Bekas jaguh pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan menganggap kejayaan membantu Malaysia meraih pingat gangsa 4×100 meter (m) lelaki Sukan SEA 2023 kelmarin seakan menghidupkan semula kariernya yang semakin ‘malap’.

Khairul pernah diberi julukan Speedy Jantan selepas memecah rekod kebangsaan 100 meter (m) 10.18 saat (s) pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 dan meraih emas pada Sukan SEA 2017.

Bagaimanapun karier­nya tidak berjalan lancar sehinggalah kembali ber­guru dengan Mohd. Poad Kassim dan diberi peluang mewakili negara dalam 4x100m.

Khairul bersama Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Haiqal Hanafi meraih gangsa dengan catatan 39.36s di belakang Thailand yang meraih perak serta Indonesia muncuk juara.

Ia kejayaan yang membanggakan buat Khairul memandangkan kali terakhir dia beraksi di pentas ini adalah ketika Sukan SEA Filipina 2019.

“Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada.

“Saya akui sebelum ini saya tertekan, namun keluarga, rakan-rakan dan jurulatih Poad tidak putus-putus berikan semangat,” jelas Khairul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya