Emas rezeki anak kedua saya – Syafiq

Emas rezeki anak kedua saya – Syafiq

Muhammad Syafiq Puteh (kanan) dan Gabriel Gilbert Daim meraikan kejayaan membawa pulang pingat emas serta perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Atlet terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh menganggap kejayaannya mempertahankan pingat emas acara tiga meter (m) papan anjal Sukan SEA 2023 semalam adalah rezeki anak keduannya yang dijangka lahir pada November depan.

Lebih manis, kejayaan yang dilakar Syafiq ini hadir tiga hari sebelum sambutan hari lahir anak pertamanya, Nuraisya Zulaikha yang akan menginjak tiga tahun, Jumaat ini.

“Saya anggap emas kali ini rezeki anak kedua saya sebab isteri saya sudah mengandung tiga bulan dan dijangka bersalin November ini,” jelas Syafiq yang ditemui selepas tamat acaranya di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh semalam.

Rutin terjunan Syafiq ternyata sukar ditandingi enam penerjun lain termasuk rakan senegara, Gabriel Gilbert Daim apabila meraih keseluruhan 377.85 mata untuk mengungguli saingan.

Kegembiraan berganda apabila Gilbert juga turut berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenanginya pada edisi lalu dengan meraih 365.25 mata, sementara gangsa milik atlet Singapura, Avvir Tham Pac Lun.

Begitupun Syafiq enggan mendabik dada dengan kejayaannya di Phnom Penh memandangkan beberapa teknik yang dipamerkan belum berada di tahap yang memuaskan.

“Persembahan saya kurang baik sebenarnya sebab terjunan terakhir itu terjunan kegemaran saya. Jadi, saya tidak dapat buat yang terbaik dan rasa kecewa sedikit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya