Dua pingat gangsa ubat kelukaan 100 meter

Pingat gangsa Haiqal ubat kelukaan 100 meter

AKSI pelari Malaysia, Muhammad Haiqal Hanafi (dua, kanan) dan Khairul Hafiz Jantan (tiga, kanan) dalam perlumbaan akhir 100 meter lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Selepas mengharungi dua temasya, masih tiada kilauan pingat emas dapat dihadirkan Malaysia dalam saingan riben biru olahraga 100 meter (m) lelaki Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja hari ini.

Begitupun bekas juara, Muhammad Haiqal Hanafi menerima sedikit penawar luka dengan membawa pulang pingat gangsa di Stadium Nasional Morodok Techo.

Haiqal yang menjuarai saingan 100m di Filipina pada 2019 menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.443 saat (s), manakala juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Khairul Hafiz Jantan di tangga keempat dengan 10.448s.

Pelari Thailand, Soraoat Dapbang yang memecut pada saat akhir mengungguli saingan dengan kepantasan 10.36s, meninggalkan Marc Brian Louis dari Singapura (10.38s) meraih perak.

Dalam saingan wanita pula, pelari pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan catatan 11.83 s, sementara rakan sepasukan Nur Aishah Rofina Aling berada di tangga kelapan.

Pingat emas milik pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira, sementara atlet Thailand, Supanich Poolkred meraih pingat perak. Pingat gangsa pula menjadi milik pelari Vietnam, Thi Nih Yen Tran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya