Dua gangsa bukan satu kebetulan – Nur Aisyah

Dua gangsa bukan satu kebetulan – Nur Aisyah

NUR Aisyah Zubir diraikan rakan-rakan sepasukan selepas memenangi pingat gangsa dalam acara lebuh raya wanita pada Sukan SEA 2023 di Kemboja. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Mengakui terkejut mampu membawa pulang dua pingat gangsa dalam ­Sukan SEA 2023, Nur Aisyah Zubir bagaimanapun menegaskan, kejayaan itu bukan satu kebetulan.

Semalam, Nur Aisyah menutup kempen berbasikal di Siem Reap, Kemboja dengan meraih gangsa lebuh raya individu wanita.

Nur Aisyah menamatkan perlumbaan sejauh 100.4 kilometer (km) di tempat ketiga dengan catatan masa 2 jam 48 minit 39 saat.

Pelumba Vietnam, Nguyen Thi That meraih emas selepas berkongsi catatan masa 2’48:39s dengan Jutatip Maneephan dari Thailand. Pemenang ditentukan menerusi photo finish.

“Kejayaan ini dicapai menerusi usaha dan kerjasama berpasukan yang sangat baik.

“Semua pelumba bekerjasama dengan baik dan patuh kepada arahan serta strategi jurulatih. Saya percaya kejayaan merangkul dua gangsa bukan satu kebetulan,” katanya.

Khamis lalu, Nur Aisyah turut meraih gangsa dalam saingan kriterium lebuh raya yang ditentukan menerusi photo finish.

Secara keseluruhan, kem berbasikal Malaysia membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa daripada temasya Kemboja.

Emas Malaysia disumbangkan oleh Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dalam saingan lebuh raya individu lelaki kelmarin.

Dia juga meraih perak ­saingan kriterium lelaki pada hari pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya