China muncul juara Piala Sudirman

China muncul juara Piala Sudirman

China muncul juara Piala Sudirman 2023 selepas menumpaskan Korea Selatan 3-0 sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: China muncul juara Piala Sudirman untuk kali ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik di Suzhou, sebentar tadi.

China meraih mata pertama menerusi beregu campuran, Zheng Siwei-Huang Ya Qiong yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan gandingan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 18-21, 22-20, 21-8.

Naib juara dunia 2018, Shi Yu Qi meletakkan China selesa di depan 2-0 menerusi kemenangan ke atas Lee Yun Gyuc 21-13, 21-17 dalam acara perseorangan lelaki.

Pemain perseorangan wanita, Chen Yu Fei menoktahkan kemenangan China apabila menyumbang mata ketiga selepas membenam cabaran pemain nombor dua dunia, An Se Young 21-16, 22-20.

Sejak diperkenalkan 34 tahun lalu, hanya tiga negara sahaja berjaya muncul juara dalam kejohanan berpasukan campuran ini iaitu China, Korea Selatan dan Indonesia.

Indonesia menjuarai edisi pertama manakala Korea Selatan pula empat kali muncul juara pada 1991, 1993, 2003 dan 2017 dengan selebihnya menyaksikan penguasaan China dalam kejohanan yang berlangsung dua tahun sekali itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya