Cheong Min atlet Malaysia pertama raih dua emas di Kemboja

Cheong Min atlet Malaysia pertama raih dua emas di Kemboja

TAN Cheong Min memenangi pingat emas keduanya dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan akhir wusyu Taolu wanita (Nandao + Nangun) hari ini.

Dalam saingan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wusyu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa acara Nandao wanita, Rabu lalu.

“Saya gementar dan teruja kerana akhirnya memenangi pingat emas pertama di Sukan SEA. Saya mahu mendapatkan pingat emas lagi tetapi sebelum itu, saya perlu menunjukkan persembahan yang terbaik.

“Saya mengubah sedikit kombinasi gerakan saya, kesukarannya hampir sama dengan persembahan pada Kejuaraan Dunia 2017 dan 2019.

“Saya tidak mahu mengubah darjah kesukaran kerana saya mahu menjadi lebih baik sebelum berentap di Sukan Asia nanti.

“Berdasarkan catatan di Sukan SEA, saya makin selangkah untuk ke Sukan Asia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya