Budaya Arab Saudi sukarkan Ronaldo?

Budaya Arab Saudi sukarkan Ronaldo?

SUKAR menyesuaikan diri dengan keadaan di Arab Saudi antara masalah terbesar dihadapi Cristiano Ronaldo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo bergelut untuk menyesuaikan diri di Arab Saudi dan dilaporkan terdapat dua sebab perkara itu terjadi.

Menurut media Perancis, RMC Sport, pemain Portugal itu tidak gembira dengan bahasa perantaraan yang digunakan, selain mendapati gaya hidup terlalu berbeza berbanding di Eropah.

Selepas meninggalkan Manchester United, Ronaldo menyertai Al-Nassr pada Disember lalu dengan kontrak yang ­menguntungkan.

Dia telah menghasilkan 12 gol untuk Al-Nassr dalam 13 penampilan liga, namun masih tidak berpuas hati dengan kehidupan di luar padang.

Pemain berusia 38 tahun itu tidak pernah bermain di luar Eropah sebelum ini, jadi perpindahan ke Asia Barat satu perubahan besar dalam kerjayanya.

Dia dikhabarkan tidak kagum dengan budaya di sana kerana ‘sangat berbeza’ ­dengan gaya hidup asalnya.

Meskipun mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugis tetapi Ronaldo masih tidak biasa dengan bahasa Arab.

“Pemain itu bergelut menyesuaikan diri di negara baharunya kerana terdapat halangan bahasa dan budaya yang sangat berbeza dari Eropah,” lapor RMC Sport.

Arab Saudi negara konservatif yang mengamalkan undang-undang Islam yang ketat, termasuk ­rakyatnya juga tidak menikmati kebebasan seperti di Eropah, yang boleh menjadi sebab di sebalik kekecewaannya.

Dia baru-baru ini berdepan gesaan untuk dihantar pulang kerana menunjukkan isyarat lucah kepada peminat ketika berjalan ke terowong di stadium.

Ronaldo juga mungkin tidak dapat tinggal bersama Georgina Rodriguez lagi kerana mereka pasangan yang belum berkahwin dan dilarang tinggal serumah.

Bagaimanapun, Arab Saudi melonggarkan undang-undang itu khas untuknya, dan mereka diberi kediaman di sebuah vila mewah di Riyadh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya