Buang logo penaja Russia jika mahu beraksi di Wimbledon

Buang logo penaja Russia jika mahu beraksi di Wimbledon

Veronika Kudermetova boleh beraksi dalam kejohanan Wimbledon dengan syarat membuang logo Tatneft daripada pakaian dan peralatan yang digunakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tenis Russia, Veronika Kudermetova mendedahkan, dia dibenarkan bertanding dalam kejohanan Wimbledon jika mengeluarkan logo penaja yang mempunyai kepentingan nasional daripada pakaian serta peralatan yang digunakan.

All England Club (AELTC) akan membenarkan pemain Russia dan Belarus bersaing tahun ini sebagai neutral, jika mereka bersetuju untuk tidak menunjukkan sebarang sokongan awam terhadap pencerobohan Ukraine.

Bagaimanapun syarat itu juga melarang pemain menerima pembiayaan mana-mana kerajaan.

Ini termasuk ‘tajaan daripada syarikat yang dikendalikan atau dikawal oleh kerajaan’ tetapi hanya ‘berkaitan penyertaan mereka dalam Wimbledon’.

Syarat-syarat tersebut telah disediakan oleh AELTC dan Persatuan Lawn Tenis selepas berunding dengan kerajaan United Kingdom (UK).

“Buat masa ini, saya tidak melanggar peraturan.

“Untuk Wimbledon, ya, saya tahu kami tidak dibenarkan memakai logo dari negara kami. Saya bersetuju dengan itu, tetapi buat masa ini saya boleh memakainya,” kata Kudermetova yang ditaja syarikat petroleum gergasi Russia, Tatneft.

Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan sekatan terhadap Tatneft pada Jun lalu dengan membekukan aset syarikat dalam blok itu.

Kudermetova, 26, berkata, dia sudah menandatangani perisytiharan peribadi yang diperlukan semua warga Russia dan Belarusia yang ingin menyertai sebarang acara gelanggang rumput UK.

Dan dia telah berbuat demikian atas pemahaman dia tidak akan memakai sebarang penjenamaan Tatneft.

“Jika saya mahu bermain Wimbledon, saya perlu menanggalkan lencana itu,” ujarnya yang
memakai logo Tatneft di dada ketika menewaskan rakan senegara, Daria Kasatkina pada Terbuka Madrid yang sedang berlangsung.

Tiada apa-apa dalam peraturan WTA untuk menghalang pemain No. 13 dunia itu bermain di Madrid, atau di mana-mana tempat lain dalam jelajah, sambil membawa tajaan oleh firma Russia seperti ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya