Berbaloi beraya di Korea Selatan

Berbaloi beraya di Korea Selatan

MUHAMMAD Syafiq Zuber meraikan kejayaan memenangi pingat emas taekwondo kyorugi bawah 80 kilogram dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Keputusan Muhammad Syafiq Zuber untuk berkelana dua bulan di Korea Selatan sebagai persiapan Sukan SEA 2023 berbaloi apabila mempertahankan pingat emas kyorugi lelaki kelmarin.

Syafiq yang bersaing untuk kategori bawah 80 kilogram (kg) berada dalam kelas tersendiri ketika menewaskan wakil Indonesia, Osanando Naufal Khairudinin 2-1 (7-10, 10-0, 4-2).

Menurut Syafiq, kejayaan yang diraih tidak semudah yang disangka memandangkan banyak cabaran serta tekanan dipikul dalam usaha menyumbangkan kilauan emas.

“Sebelum ke sini, saya telah menjalani latihan di Korea Selatan hampir dua bulan dengan jauh dari keluarga, selain berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

“Sebelum ke Sukan SEA Vietnam tahun lalu juga saya melakukan perkara yang sama dan ini bukanlah pengalaman yang baru, namun harus diakui cabaran serta tekanan sebelum turun ke gelanggang kali ini agak berbeza.

“Kita tahu status saya selaku juara bertahan selain harapan besar yang diletakkan oleh kontinjen kebangsaan untuk menghadiahkan kilauan pingat emas pada temasya kali ini,” katanya.

Sementara itu, Syafiq juga mahu menghadiahkan pingat emas yang diterima buat ibunya, Salmah Shafie sempena Hari Ibu selain penghargaan kerana mendukung kariernya selama ini.

“Kemenangan ini hadiah Hari Ibu untuk ibu saya. Dia minta pingat emas daripada saya, pada awalnya saya tidak menjanjikan apa-apa tetapi saya gembira dapat tunaikan hasrat itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya