Bekas jaguh bina badan negara kecewa dilupakan

Bekas jaguh bina badan negara kecewa dilupakan

A. AROKIASAMY ketika ditemui di gimnasium yang diusahakan di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Bekas atlet bina badan kebangsaan, A. Arokiasamy, 75, meluahkan rasa kecewa kerana tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan atas jasa­nya mengharumkan nama negara.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 1981 di Filipina itu kini ­hanya bergantung pendapatan menerusi pencen RM400 sebulan selain menjadi instruktur kecergasan fizikal serta perniagaan gimnasium yang diusahakan bersebelahan rumahnya di Taman Eastern, Jalan Sungai Nibong di sini selepas bersara daripada sukan itu.

Menurutnya, pusat gimnasium yang diusahakannya sejak tahun 2005 itu kekurangan ­pelanggan terutama selepas wabak Covid-19 melanda.
Katanya, sebelum ini terdapat kira-kira 40 hingga orang yang datang ke gimnasiumnya namun kini hanya tinggal kira-kira 10 orang.

“Sebagai bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara, saya rasa sedih kerana keadaan saya tidak mendapat perhatian pihak-pihak berkenaan, saya tidak menerima apa-apa bantuan atau ganjaran sebagai penghargaan di atas jasa saya mewakili negara.

“Dulu saya bekerja sebagai tukang kebun, dapatlah beli rumah dan saya buka pusat gimnasium untuk kemudahan mereka yang berminat dalam bidang ini.

“Saya rasa tidak dihargai, tiada mana-mana pihak tampil melihat keadaan saya sekarang. Saya berharap sekurang-kurangnya ada sedikit bantuan, bantuan bulanan umpamanya untuk saya sebagai menghargai jasa saya sebagai bekas atlet negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, minat dalam bina badan mendorong dia membuka pusat gimnasium sendiri.

Katanya, untuk membuka gimnasium tersebut, disebabkan faktor modal, dia mengumpul sedikit demi sedikit peralatan gimnasium sebelum memulakan operasi pada 2005.

“Namun peralatan senaman di gimnasium saya semuanya lama, sedangnya di bandar ini sudah banyak pusat gimnasium dibuka, peralatan dan moden, ramai yang beralih ke gimnasium yang lebih moden dan selesa,” katanya.

Selain emas Sukan SEA di ­Filipina, Arokiasamy meraih pingat perak pada Sukan SEA 1979 di Indonesia dan menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Mr. Asia pada tahun 1982.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya