Batik Malaysia meriahkan upacara pembukaan Sukan SEA 2023

Batik Malaysia meriahkan upacara pembukaan Sukan SEA

KONTINJEN Malaysia diselubungi keresahan sasaran 40 emas sukar dicapai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Temasya sukan paling berprestij di rantau ini, Sukan SEA Kemboja 2023 akhirnya dibuka secara rasmi sebentar tadi oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam acara penuh gilang gemilang di Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.

Dianggarkan 75,000 peminat tempatan mula membanjiri kawasan kompeks  sukan sejak pukul 11 pagi sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh lima kilometer di luar perkarangan stadium.

Peminat yang hadir ke stadium dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis terkenal tempatan, sebelum mereka disajikan dengan persembahan kebudayaan Kemboja.

Percikan bunga apa yang bergemalapan melimpahi ruang angkasa Phnom Penh menggamatkan lagi suasana upacara pembukaan sebentar tadi.

Ini merupakan buat julung kalinya Kemboja tampil menjadi penganjur sukan temasya dwitahunan ini sejak ia mula diadakan pada 1959, yang dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP.

Pembawa Jalur Gemilang, R. Sharmendran mengetuai kontinjen Malaysia yang dibarisi  42 orang pegawai dan atlet berarak masuk sejurus selepas kontinjen Indonesia tampil dengan penuh kemas dan bergaya dengan busana batik berona biru untuk lelaki, manakala atlet dan pegawai wanita pula kelihatan ayu mengenakan batik berona merah.

“Baju ini merupakan baju tradisional negara, jadi detik-detik mengetuai perbarisan ini bukan sahaja satu penghormatan, tetapi akan saya kenang sampai bila-bila kerana bukan semua orang dapat merasai pengalaman ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) di atas peluang ini, kami sudah bersedia untuk berjuang, dan apatah lagi karate juga akan bermula esok, begitu juga dengan acara sukan lain, jadi saya mengharapkan agar kami semua dapat berikan aksi yang terbaik,” jelas Sharmendran yang ditemui pemberita di sini.

Bagaimanapun tidak semua atlet dan pegawai menyertai perbarisan kali ini memandangkan beberapa acara utama seperti lari berhalangan akan turun pada awal pagi esok di Pusat Konvesyen Chroy Changvar untuk merebut potensi pingat pertama negara di Sukan SEA kali ini.

Kira-kira 6,210 atlet dari 11 negara buah Asia Tenggara itu berkampung di Kemboja sehingga 17 Mei untuk bersaing dalam 584 acara, melibatkan 36 jenis sukan.

Malaysia yang menghantar 675 atlet pada edisi ke-32 temasya meletakkan sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya