PETALING JAYA: Pelari sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan acara final 100 meter (m) Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Louisiana di tempat ketujuh.
Dalam aksi yang berlangsung awal pagi tadi, Atlet Auburn State University itu, yang juga pemegang rekod kebangsaan menerusi catatan 10.09 saat (s), menamatkan saingan dengan catatan 10.25 saat (s).
Sementara itu, seorang lagi penuntut Auburn, Favour Ash pula menduduki tempat kedua dengan catatan 10.08s.
Acara final 100m lelaki itu dimenangi oleh pelari Louisiana State University (LSU), Godson Oghenebrume yang mencatat 10.04s, manakala rakan sepasukannya, Dorian Camel di tempat ketiga dengan catatan 10.19s.
Pada peringkat saringan, Muhammad Azeem yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mencatat masa 10.11s untuk layak ke peringkat akhir.
Sasaran utama Muhammad Azeem pada tahun ini adalah untuk melakukan catatan 10.00s untuk melayakkan diri ke Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary pada Ogos nanti.- UTUSAN ONLINE