Andre sumbang pingat emas acara lompat kijang Sukan SEA 2023

Andre pertahankan emas lompat kijang Sukan SEA

Jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Nuar berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Andre Anura Anuar masih mampu mempertahankan pingat emas lompat kijang lelaki pada Sukan biarpun baru pulih daripada kecederaan tumit.

Lompatan kelima Andre, 16.06 meter (m) memastikan Malaysia terus mengekalkan saingan lompat kijang sejak Hakimi Ismail memenanginya di Singapura 2015.

Atlet dari Sabah itu mengetepikan cabaran dua peserta Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay (15.74 m) dan Mark Harry Aloto Diones (15.70 m).

Bagaimanapun Andre mengakui, catatan yang dilakukan di Phnom Penh hari ini  bukan di tahap terbaik kerana dia pada  meletakkan sasaran tinggi untuk memecah rekod kebangsaan.

“Keadaan di sini amat panas dan kebanyakan atlet menghadapi masalah untuk melakukan catatan terbaik.

“Saya juga cuba beri yang terbaik dalam keadaan sebegini tetapi cuaca menyukarkan keadaan.

“Saya memang merancang dengan jurulatih  untuk memecah rekod kebangsaan tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya mengalami kesakitan di kaki kiri selepas tergelincir ketika melakukan lompatan dan saya pula akan bertanding di Terbuka Taiwan (27-28 Mei), jadi saya tidak mahu terlalu menekan diri saya terlalu banyak dan menjejaskan peluang saya untuk bertanding di sana,” jelas Andre. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya