Aidil jadi rebutan pasukan Pantai Timur

Aidil jadi rebutan pasukan Pantai Timur

AIDIL SHARIN SAHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama bekas pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Malaysia (Liga M) selepas beliau mendedahkan dirinya mendapat tawaran daripada sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur.

Ketua jurulatih kelab Liga 1 ­Indonesia, Persikabo itu kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut dan meminta masa dua minggu untuk membuat keputusan, di mana hujung minggu ini tempoh terakhir untuk beliau memberikan jawapan.

Dalam masa sama, Aidil, 46, menafikan mendapat ­tawaran Terengganu FC biarpun ada mendengar daripada ejennya ­bahawa pasukan berkenaan turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Berdasarkan situasi semasa, Kelantan FC dan Kelantan United mungkin menjadi pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Aidil selepas satu lagi pasukan Pantai Timur, Sri Pahang kini menampilkan prestasi yang baik di bawah Fandi Ahmad.

“Tiada wakil Terengganu meng­hubungi saya tapi ejen ada memaklumkan bahawa mereka menyuarakan minat.

“Saya ada tawaran konkrit daripada sebuah kelab Pantai Timur yang meminta saya mengambil alih pasukan.

“Memang benar ada urusan yang belum selesai dalam Liga M. Saya pernah mengharungi tiga musim yang baik di Malaysia, biar rekod yang membuktikannya.

“Saya masih rindukan suasana Malaysia atas faktor berdekatan dengan Singapura, masyarakat dan peminatnya, malah hubu­ngan sesama jurulatih juga sangat rapat,” kata jurulatih kelahiran Singapura itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya