AFF B-23: Malaysia diundi bersama Indonesia, Timor Lester

AFF B-23: Malaysia diundi bersama Indonesia, Timor Lester

KEPUTUSAN undian Piala AFF B-23
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara akan berdepan juara Sukan SEA Kemboja, Indonesia seawal peringat kumpulan bagi saingan Kejuaraan B-23 AFF 2023 yang akan berlangsung di Thailand, Ogos depan.

Selepas majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, Malaysia dan Indonesia diundi dalam Kumpulan B bersama satu lagi pasukan iaitu Timor Leste.

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut skuad B-23 negara dan ‘Garuda Muda’ akan berentap seawal peringkat kumpulan selepas diundi dalam kumpulan sama bagi edisi 2019 dan 2022.

Sementara itu, juara bertahan, Vietnam diundi dalam Kumpulan C bersama Filipina dan Laos manakala Kumpulan A pula menampilkan Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar.

Pada edisi 2022 di Kemboja, Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan apabila tewas dua kali kepada Laos selepas hanya dua pasukan kekal bertanding memandangkan Myanmar dan Indonesia menarik diri.

Ketika itu, Vietnam muncul juara selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi final.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya