Adam harap tuah penampilan ketiga

Adam harap tuah penampilan ketiga

ADAM Akasyah (baju hitam) menjalani latihan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh semalam sebagai persiapan memburu pingat emas acara jujitsu 69kg yang membuka tirai esok. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Jujitsu negara mungkin menghantar skuad paling kecil dalam Sukan SEA kali ini iaitu dua wakil, namun ia tidak menghalang mereka memasang cita-cita besar untuk menjadi penyumbang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia.

Harapan tersebut bakal digalas atlet berusia 22 tahun, Adam Aksyah yang beraksi dalam acara Gi bawah 69 kilogram (kg) apabila sukan itu akan bermula di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh esok.

Adam yang bakal membuat penampilan ketiga di temasya sukan dwitahunan itu me­ngidamkan pingat emas memandangkan ketika beraksi buat pertama kali di Filipina pada 2019, dia meraih pingat gangsa dalam kategori sama.

Kemudian apabila me­nyertai Sukan SEA Vietnam di Hanoi tahun lalu, Adam di­timpa kecederaan di buku lali ketika perlawanan akhir sebelum akur dengan pingat perak selepas tewas kepada pencabar dari Singapura, Noah Lim.

“Saya sudah memikirkan perkara ini (pingat emas) sejak sekian lama, saya berlatih dengan cukup keras dan telah mengharungi pelbagai perkara, antaranya mengalami kecederaan, bukan hanya sekali, tetapi dua kali pada tahun lalu.

“sejak dua hingga tiga minggu, saya merasakan saya sudah mencapai tahap yang berlainan, jadi saya amat teruja untuk menterjemahkan semua itu ke dalam gelanggang nanti.

“Saya amat mengharapkan tuah untuk percubaan ketiga ini, saya mahu memenangi pingat emas,” jelas Adam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya